Tempat Menarik

Pekan Rabu terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar. Disini terdapat pelbagai jenis makanan, pakaian dan hasil kraf tangan penduduk tempatan. Antara yang menarik perhatian pengunjung yang datang dari luar daripada negeri Kedah semestinya Ikan Pekasam. Harganya juga amatlah berpatutan.

Rumah Kelahiran Dr. Mahathir Mohamad terletak di Jalan Pegawai. Di dalam rumah lama dipamerkan catatan dan barangan yang digunakan Tun Dr Mahathir semasa kecil dan meningkat dewasa . Waktu lawatan :
Selasa - Ahad : 10.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang
Ditutup pada hari Isnin kecuali cuti am dan cuti sekolah.
Alamat :
Lorong Kilang Ais,
Jalan Pegawai, Alor Star
Kedah Darul Aman
Universiti Utara Malaysia terletak di Sintok. Bagi sesiapa yang ingin menghadiri konvokesyen disini, Teratak Pak Man adalah salah satu penginapan yang sesuai. Lebuhraya Utara-Selatan yang hanya 3 minit daripada homestay memudahkan perjalanan anda ke universiti ini yang  hanya mengambil masa 35 minit.
Masjid Zahir merupakan masjid negeri bagi Negeri Kedah. Masjid ini mempunyai seni ukir yang amat menarik untuk dilihat. Masjid ini terletak di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar dimana ianya berdekatan dengan Pekan Rabu. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Diraja kerana terletak di Perkarangan Istana Pelamin.